Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Rasulullah SAW


Entry kali ni aku ambil dari kiriman email seorang kawan baru-baru ini, kepada penulis asal dan penghantar email ini: Ribuan penghargaan dari saya sekeluarga, semoga Allah memberkati hidup anda semua.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

  • Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

  1. Khadijah Binti Khuwailid.
  2. Saudah Binti Zam'ah.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  7. Zainab Binti Jahsy.
  8. Maimunah Binti Harith.
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. ..Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
  1. Thuwaibah 1. Hamzah
  2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
  1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
  3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
  4. Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
  1. Al-Harith
  2. Muqawwam
  3. Zubair
  4. ... Hamzah ***
  5. Al-Abbas ***
  6. Abu Talib
  7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
  8. Abdul Ka ' bah
  9. Hijl
  10. Dhirar
  11. Umaimah
  12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
  13. Atiqah ##
  14. Arwa ##
  15. Umaimah
  16. Barrah
  17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya...
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik..
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Sampaikan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.

Jumaat

Daddy Oh Daddy

4 husbands were sitting at the waiting room in a hospital while waiting for their wives birth giving.

Then a nurse came out and told to the first daddy, "congratulation, you got twins!".
"Ohh.. maybe its a coincident" said the daddy. "I am working with the Petronas Twin Towers".

Then another nurse came out and told to the second daddy, "congratulation! you have triplets!"
"Wooow!, this is a coincident too" said the second daddy. "I am working for 3M Corporation"

Another nurse came out and told the third daddy, "Congratulation! Your wife gave birth 4 babies,"
"Thank God ! Maybe this is also a coincident". "I work in Four Season Hotel !"

While, the fourth daddy-to-be were in uncontrolled worry. All the 3 daddies asked him,
"why are you seems so worry??"

He answered, "I am working with Seven-Eleven!"

Mukjizat di sebalik BISMILLAH





BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

  1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
  2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
  6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
  7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
  11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Beras penyelamat?..cuba la


:: Sapa sangka beras mampu mengelakkan kerugian yang berganda. Kalau aku tau dari dulu tak perlu aku beli Handset yang baru...aduuuuuuhai

Khamis

WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah. Buat semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir P******* dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan S*****/D******. (Nama tempat  tersebut tidak dapat kami siarkan-harap maklum)

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir P**** dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful..... she got the forgiveness from her husband-

Cinta Sejati

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang  dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." 

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Saidina Abu Bakar as SiddiQ menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Saidina Umar al-Khattab dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Saidina Usman bin Affan menghela nafas panjang dan Saidina Ali b ABi Talib menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. 

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Saidina Ali dan Saidina Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. 

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. 

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 

"Maafkanlah,ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. 

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 

"Siapakah itu wahai anakku?" 

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. 

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. 

Malaikat maut datang menghampiri,tapi Rasulullah menanyakan 
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. 

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. 

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" 

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. 

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. 

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." 

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Saidina Ali segera mendekatkan telinganya. 

"Uusiikum bis salati, wa maa malakat aimanukum"- peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Saidatina Fatimah az-Zahra' menutupkan tangan di wajahnya, dan Saidina Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. 

"Ummatii,ummatii,ummatiii?" - Umatku, umatku, umatku 

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. 

Kini,mampukah kita mencintai sepertinya? 
Allahumma solli 'ala Muhammad wabaarik wa salim ' alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 

Rabu

Di Rasuk Jin

Cerita ni aku perolehi dari cerita rakyat email ke email, semoga ianya boleh dijadikan tauladan dan sempadan.

Kes ini berlaku betul-betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku di asrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum-kaum yang lain. Di mana salah dan silapnya........Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. Kes histeria berlaku di sekolah BSB (nama sekolah yang sebenarnya tidak dapat ditulis atas sebab keselamatan)......Misteri di Asrama Puteri terjawap! 

Tanggal 13hb Januari 2006 Hari Jumaat. Seorang ketua bomoh yang terkenal handal dan beraninya hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di asrama  tersebut. Ketika sampai di sebuah bilik ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!, Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!, Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu. 

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam" 

Dengan menarik nafas panjang si ketua jin pun menjawab... 

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"" 
""Kalaulah Memang Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh Tak Mungkin Aku MERASUK..."" 

*Dengan suara macam Jamal pulok dahhh.....

ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW

DARIPADA ABDUL RAHMAN BIN SAMURAH RA BERKATA, NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA: 

"SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENGALAMI MIMPI-MIMPI YANG MENAKJUBKAN PADA MALAM AKU SEBELUM DI ISRAQKAN........" 

  1. AKU TELAH MELIHAT SEORANG DARI UMATKU TELAH DI DATANG OLEH MALAIKATUL MAUT DENGAN KEADAAN YG AMAT MENGERUNKAN UNTUK MENGAMBIL NYAWANYA, MAKA MALAIKAT ITU TERHALANG PERBUATANNYA ITU DISEBABKAN OLEH KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU TELAH DISEDIAKAN AZAB KUBUR YANG AMAT MENYIKSAKAN, DISELAMATKAN OLEH BERKAT WUDUKNYA YANG SEMPURNA. 
  3. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU SEDANG DIKERUMUNI OLEH SYAITAN-SYAITAN DAN IBLIS-IBLIS LAKHNATULLAH, MAKA IA DISELAMATKAN DENGAN BERKAT ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS KEPADA ALLAH. 
  4. AKU MELIHAT BAGAIMANA UMATKU DISERET DENGAN RANTAI  YANG DIPERBUAT DARIPADA API NERAKA JAHANAM YANG DIMASUKKAN DARI MULUT DAN DIKELUARKAN RANTAI TERSEBUT KE DUBURNYA OLEH MALAIKUT AHZAB, TETAPI SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK TELAH MELEPASKANNYA DARI SEKSAAN ITU. 
  5. AKU MELIHAT UMATKU DITIMPA DAHAGA YANG AMAT BERAT, SETIAP KALI DIA MENDATANGI SATU TELAGA DI HALANG DARI MEMINUMNYA,KETIKA ITU DATANGLAH PAHALA PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT MEMBERI MINUM HINGGA IA MERASA PUAS. 
  6. AKU MELIHAT UMATKU CUBA UNTUK MENDEKATI KUMPULAN PARA NABI YANG SEDANG DUDUK BERKUMPULAN-KUMPULAN, SETIAP KALI DIA DATANG DIA AKAN DIUSIR, MAKA MENJELMALAH MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA SAMBIL KE KUMPULANKU SERAYA DUDUK DISEBELAHKU. 
  7. AKU MELIHAT SEORANG DARI UMATKU BERADA DI DALAM KEADAAN GELAP GELITA DI SEKELILINGNYA, SEDANGKAN DIA SENDIRI DI DALAM KEADAAN BINGGUNG, MAKA DATANGLAH PAHALA HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT LALU MENGELUARKANNYA DARI KEGELAPAN KEPADA TEMPAT  YANG TERANG - BENDERANG. 
  8. AKU MEL IHAT UMATKU CUBA BERBICARA DENGAN GOLONGAN ORANG MUKMIN TETAPI MEREKA TIDAKPUN MEMBALAS BICARANYA MAKA MENJELMALAH SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU LALU MENYERU KEPADA MEREKA AGAR MENYAMBUT BICARANYA, LALU BERBICARA MEREKA DENGANNYA. 
  9. AKU MELIHAT UMATKU SEDANG MENEPIS-NEPIS PERCIKAN API KE MUKANYA, MAKA SEGERALAH MENJELMA PAHALA SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT LALU MENABIR MUKA DAN KEPALANYA DARI BAHAYA API TERSEBUT.