Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

Surat Upgrade

Pagi tadi masa aku tengah dok semak email...terpandang pulak aku kat draft email..ada 4 email yang aku masih tak sent kepada kawan-kawan, so aku klik le kat draft email tu..salah satunya adalah cerita di bawah ni..aku lupa pulak dari mana aku dapat cerita tu asalnya..so kalau ada penulis cerita tu yang terbaca (aku rasa tak de kot), tolong benarkan aku masukkannya kat blog aku ye.
Surat pertanyaan seorang pengguna komputer kepada IT Support:

Dear IT Support, 
 
 Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a slow 
 down in the overall performance, particularly in the flower, gifts and 
jewellery applications that had operated flawlessly under Boyfriend 5.0. 

In addition, Husband 1.0 un-installed many other valuable programs, such 
 as Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, but installed undesirable 
programs such as Formula One 5.0, NBA 3.0 and World Cup 2.0. 

And now Conversation 8.0 no longer runs and House Cleaning 2.6 simply 
crashes the system. I've tried running Nagging 5.3 to fix these problems, 
but to no avail. 
 
What can I do? 

Signed, 
Desperate Housewife 
 

Reply: 

Dear Desperate Housewife, 
 
First keep in mind: 
Boy friend 5.0 is an entertainment package, while Husband 1.0 is an 
operating system. 

Try entering the command C:\ I THOUGHT YOU LOVED ME and download 
Tears 6.2 to install Guilt 3.0. 
 
 If all works as designed, Husband 1.0 should then automatically run the 
 applications Jewellery 2.0 and Flowers 3.5. 
 
But remember, overuse can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 
2.5, Happy Hour 7.0 or Late Night Teh Tarik 6.1. 

 Late Night 6.1 is a very bad program that will create SnoringLoudly.wav 
 files. 
 
 Whatever you do, DO NOT install Mother-in-Law 1.0 or reinstall another 
 Boyfriend program. These are not supported applications and will crash 
 Husband 1.0. 

 In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have a limited 
 memory and cannot learn new applications quickly. 
 
You might consider additional software to improve memory and performance. 
I personally recommend Hot Tasty Food 3.0 and Tongkat Ali 6.9. 
 
Good Luck, 
IT Support 


Khamis

Gambaran Neraka


Gambar diatas ini hanya sekadar hiasan

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:

Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?" 
Jawabnya: 
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." 
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." 

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. 

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." 

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" 
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." 
(nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) 

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 
Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya 
Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah." "Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." 

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: 
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" 
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, 
Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. 

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi 
lautan racun yang hitam pekat. 
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. 

Wallahua'lam. 

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 : 
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S.A.W bersabda: 
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat". 

Rabu

Mukjizatnya Azan



Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

SEJARAH AYAT KURSI



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: 
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,

Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....

Selasa

Hanya 10 Minit untuk cegah denggi


Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes; kitaran hidup nyamuk Aedes mengambil masa 7 hari dari telur hingga menjadi nyamuk dewasa.
Periksa Rumah Kita seminggu sekali sekurang-kurangnya 10 minit dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan jentik-jentik di dalam dan di luar rumah; anda boleh memutuskan kitaran hidup Nyamuk Aedes ini.


Pastikan tiada tempat pembiakan jentik-jentik di persekitaran rumah anda dengan memeriksa dan membubuh bahan pembunuh jentik-jentik:

Dalam Rumah
  • Talam Peti Sejuk; Berus dan cuci setiap minggu 
  • Pelapik Rak Pinggan; Buang air yang bertakung atau jangan menggunakan pelapik
  • Perangkap Semut; Bubuh bahan pembunuh jentik-jentik
  • Pam Tandas; kalau rosak segera perbaiki, tutup dengan rapat 
  • Mangkuk Tandas Yang Rosak; Baiki segera dan tutp dengan rapat
  • Baldi; Cuci setiap minggu, telangkup (terbalikkan) dan tutp dengan rapat sekiranya menggandung air simpanan
  • Bekas Jambangan; gantikan dengan kapas atau kertas basah
Luar Rumah
  • Tong Drum yang berisi air; Cuci setiap minggu atau  telangkupkan supaya tidak menakung air atau tutup dengan rapat sekiranya diggunakan untuk menyimpan air.
  • Tempayan; guna cara seperti tong drum
  • Pasu Bunga; pastikan pasu bunga tidak menakung air
  • Alas Pasu Bunga; cuci setiap minggu atau tidak menggunakan alas pasu yang boleh menakung air siraman.
  • Pelbagai  Jenis Tin dan Bekas air; lupuskan dengan sempurna atau letak ditempat yang terlindung dari hujan
  • Tayar terpakai; letrak di tempat yang terlindung dari hujan atau susun dan tutup dengan rapat dibahagian atasnya (pereksa dengan kerap bagi memastikan tayar tidak menakung air.
  • Takungan Hidroponik; bubuh bahan pembunuh jentik-jentik secara berjadual
  • Kanvas dan semua jenis plastik; buang air yang bertakung, lipat dan letakkan di tempat terlindung daripada hujan
  • Bekas minuman binatang peliharaan; cuci dan tukar airnya secara kerap
  • Bekas makanan polisterin; kutip dan buang dengan sempurna
  • Longkang; cuci dan bersihkan setiap minggu serta pastikan air mengalir dengan lancar
  • Salur Air Hujan (Gutther); Pastikan tidak tersumbat dan perbaiki yang rosak

Rabu

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil

Sudah lama rasanya petikan ucapan ni berlayar di ruangan email..aku pula dah memperolehi lebih dari satu kali email yang serupa..dan tertulis di akhir email seperti ini :

Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga,  saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat  kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi.

Oleh sebab tu lah aku, aku letakkannya di blog ni..moga Ustaz Hj Akil dapat mengizinkannya
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. 
 
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. 
Apabila diri  selamat, rumahtangga jadi sepakat. 
Apabila rumahtangga jadi sepakat,  masyarakat jadi muafakat. Apabila 
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. 
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. 


Apabila  pembangunan pun meningkat, 
kemajuan menjadi pesat. 
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,  kemajuan menjadi pesat, 
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
 
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam  kulat. 
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU  manusia mula mengubah tabiat. 



Apabila manusia telah mengubah tabiat,   
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. 
Apabila manusia dah jadi  ulat, sembahyang makin hari makin liat. 
Apabila sembahyang jadi liat,  orang baik ada yang bertukar jadi jahat. 

Apabila orang baik  bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. 
Apabila orang miskin  nak kaya cepat,  orang tua pula nak mati lambat. 
Apabila  orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
 minyak gamat. 

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.   
Semua nak tunjuk kuat. 
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.   
Tapi hidup pula yang melarat. 
Tali kasut dah tak berikat.   
Rambut pun jarang sikat. 

Yang perempuan, pakai mini sekerat. 
Suka pakai  baju ketat.. 
Suka sangat menunjukkan pusat. 
Hingga tak pedulikan  lagi batasan aurat. 


Pakai pulak yang singkat-singkat.   
Kadang-kadang ternampak benda ' bulat '
 . 

Bila  jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
 

Silap gaya jadi  gawat, bohsia bohjan lagi hebat. 
Duduk jauh berkirim surat . 
Bila berjumpa, tangan berjabat 
Kemudian  pakat lawan peluk siapa erat. 
Masa tu, nafas naik sampai  tersekat-sekat. 


Usah peduli agama dan adat. 
Usah takut Allah dan  malaikat. 
Yang penting apa kita nak buat? 
Kita ' bukti ' lah kita  buat. 

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. 
Apabila perut kempis  dah jadi bulat, maka lahirlah 
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
 
 

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di   
merata tempat. 

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
 
Dia  kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. 
Habis manusia telah tersesat.   

Inilah dia fenomena masyarakat. 
Oleh itu wahai saudaraku dan para  sahabat, 
Marilah kita pakat mengingat
Bahawa dunia hari ini makin singkat, 
Esok atau lusa
 mungkin kiamat, 
Sampai masa kita semua  akan berangkat! 
Berangkat menuju ke negeri akhirat.   
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. 
Masa tu,  sindri mau ingat.
 


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...? 
Zaman  muda mu, apa yang telah mu buat....? 
Harta benda anta, dari mana anta  dapat...? 
Ilmu anta, adakah anta manafaat...? 


Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera   
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat. 
(Petikan  ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa

Jangan mencaci sesama kita

Tulisan ini aku perolehi dari email bertarikh 4hb Mei, dihantar oleh rakan...dan setelah aku selidiki..rupa-rupanya ianya berasal dari laman web ni http://permatakata.wordpress.com  ..harap-harap penulis asal dapat membenarkan aku menerbitkannya semula di blog ini.

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w  sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w,  apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.

(Hadith Riwayat Ahmad)

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah?  Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.


Selasa

Lesen B2 (Motosikal 250cc kebawah)

Aku bukan tenaga pengajar di mana-mana Sekolah Memandu, aku cuma ingin berkongsi maklumat, cara pemanduan berhemah di jalanraya khas untuk penunggang motosikal.
Bagaimana bentuk pemanduan tersebut tu sebenarnya terletak pada akal & hati kita (penunggang motosikal). Apa yang kita pernah berlajar di sekolah-sekolah memandu tersebut amat perlu kita praktikkan di jalanraya bagi menjamin keselamatan kita dan pembonceng...jadi kat sini aku cuma nak refresh semula apa yang pernah kita belajar.
Tak lengkap tapi boleh dibuat panduan (kalau betul la..hehehehe)
Mula-mula yang ingin aku sentuh adalah etika berpakaian bagi penunggang motosikal,
Bila menunggang jangan lah hanya berselipar dan berseluar pendek sebabnya kalau jatuh tak ke melecet kawasan-kawasan yang tak dilindungi tu. Pakailah pakaian yang bersesuaian seperti bersepatu dan berseluar panjang (selamat lutut kita kalau jatuh ye tak). Topi keledar misti sentiasa di pakai bila menunggang hatta nak bergerak 100 meter dari tempat asal dan pakai biar kemas ikatan talinya.


Kita lihat gambarajah secara turutan dan lawan putaran jam.
Mulakan dengan bacaan "Bismillah..."
Pusingan angka 8, tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
  • Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri
  • Tidak melanggar benteng
  • Buat 1 1/2 pusingan
  • Tidak terjatuh atau roda hadapan tidak terangkat.
Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat aje, so hati-hati jangan terlampau laju atau terlalu pelahan. Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada keseimbangan dalam menunggang (aku pun adakalanya tak lepas hahahaha), pengiraan saat bermula dari kita naik jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat). Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti diatas jambatan tersebut melebehi 7 saat.
  • Roda tidak terkeluar dari jambatan
  • Kaki tidak mencecah atau pijak jambatan
  • Tidak jatuh dari motosikal
  • Tidak kurang dari 7 saat
Menunggang di antara Kon; tujuannya membiasakan diri mengelak di kawasan yang sempit.
  • Tidak melanggar Kon
  • Tidak menyentuh atau melanggar benteng
  • Kaki tidak mencecah atau terpijak jalan
  • Tidak terjatuh atau tayar hadapan tidak terangkat
Brek Kecemasan; tujuannya mengajar kita sentiasa berwaspada bila berada di jalanraya.
Disini motosikal di sarankan bergerak dalam kelajuan 35-40km/jam sebelum membrek.
Cara bagi memastikan kita brek dengan betul ialah bila kita berada di garisan mula brek,
Turunkan pulasan minyak sertamerta dan jari-jemari (4 jari atas) bersedia di brek tangan (brek roda hadapan) manakala gunakan hujung sepatu (kawasan jari kaki) tekan brek roda belakang sekuat mungkin (jangan lepaskan) pastikan tayar belakang terseret sehingga hampir berhenti baru tarik brek tangan (brek roda hadapan) bagi memberhentikan motosikal tersebut secara total. Setelah berhenti sepenuhnya baru boleh turun kaki kiri dahulu bagi menampung motosikal supaya tak tumbang.
  • Tidak jatuh dari motor atau salah satu roda tidak terangkat
  • Membrek didalam kotak yang disediakan
  • Tidak melebihi garisan berhenti
  • Menggunakan brek kaki (brek roda belakang) dan brek tangan (brek roda hadapan)
Dan bahagian tidak ada dalam gambar rajah ialah menunggang di selekoh tajam, keluar simpang dan menunggang di jalan lurus << yang ni kena dapatkan informasi di sekolah memandu.

Ok, akhir sekali sebelum ujian menunggang di jalan raya, apa yang perlu kita ingat:
  • Menggunakan topi keledar dengan betul
  • Tidak menghidupkan enjin dalam gear
  • Menyalakan lampu hadapan dan belakang
  • Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak
  • Beri keutamaan kepada kenderaan di Jalan Utama/Besar
  • Memberi isyarat dengan betul
  • Enjin tidak mati lebih 3 kali (dalam ujian le)
  • Menggunakan gear yang sesuai
  • Memandu di sebelah kiri jalan sahaja
  • Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemah
  • Kaki tidak mencecah jalan
  • Tidak melanggar benteng
  • Ingat isyarat tangan; Pelahankan kenderaan guna tangan kanan buat lambaian (bukan macam lambai makwe ye..caranya akan diajar oleh sekolah memandu) 3 kali lambaian; Beri laluan guna tangan kiri hulur secara melintang ke sisi
  • Tidak jatuhhhhh dari motor
  • Tidak terlibat dalam kemalangan
:: yang lain-lainnya boleh diperolehi bila masuk kelas memandu nanti....selamat maju jaya.
Jadilah pemandu yang berhemah; ingat orang tersayang. Berhati-hati dijalan raya;
Jalan raya bukan tempat berlumba.