Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Taking the Exam: Adwords Fundamentals

Minggu lepas stress sekejap sebab kena amik exam Google Adwords Fundamentals, nasib baik aku tak "emotionally unstable" terus, hahaha.
Kalau ikutkan tugasan hakiki aku, aku tak perlu amik exam ni sebab dia lebih khusus buat budak-budak sales dan seangkatan dengannya (yang berurusan dengan pelanggan), tapi memandangkan aku ni diaorang nampak banyak mengulo, tu yang kena buat jugak tu.

Q: Apa itu Google Adwords?
A: Pilih cara yang anda mahu menjangkau pelanggan anda. Menggunakan iklan carian berasaskan teks, iklan paparan grafik, iklan video YouTube atau iklan mudah alih dalam apl, anda mempunyai banyak cara untuk menjangkau pelanggan sasaran anda dengan AdWords.

lebih kurang macam tu lah jawapan dia...

Syarat untuk lulus Exam ni, kita mesti perolehi markah 80% keatas dan kalau nak dapatkan sijil Adwords dari Google maka kita perlu lulus Google Adwords Fundamentals berserta salah satu dari 5 exams yang lain, sama ada : Search Advanced, Display Advanced, Mobile Advertising, Video Advertising atau Shooping Advertising Exam. Kalau berminat, sila join Google Partners dulu...cubalah.
Aku baru lulus satu, keputusannya sekadar cukup-cukup makan je, hahaha
Adakah aku akan ambil exam yang lain?, hmmm rasanya tak kot hahaha