Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

8.9.10


8.9.10 Kebaboommm!!! Selamat Hari Raya semua (macam ramai aje yang masuk laman blog yang memboringkan ni he3x). Apa-apahal pun kepada sesiapa yang sudi melawat ke laman web ni, saya dengan rendah dirinya menyusun jari sepuluh memohon kemaafan zahir dan batin...yang tersurat dan tersirat, terambil dan terembat...juga pada mereka yang membawa kenderaan tu hati-hati dijalan raya, saya doakan anda semua selamat sampai ke distinasi yang hendak di tuju.

( 1 )
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

( 2 )
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

( korus )
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

( ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya