Minggu lepas stress sekejap sebab kena amik exam Google Adwords Fundamentals, nasib baik aku tak "emotionally unstable" terus, hahaha.
Kalau ikutkan tugasan hakiki aku, aku tak perlu amik exam ni sebab dia lebih khusus buat budak-budak sales dan seangkatan dengannya (yang berurusan dengan pelanggan), tapi memandangkan aku ni diaorang nampak banyak mengulo, tu yang kena buat jugak tu.
A: Pilih cara yang anda mahu menjangkau pelanggan anda. Menggunakan iklan carian berasaskan teks, iklan paparan grafik, iklan video YouTube atau iklan mudah alih dalam apl, anda mempunyai banyak cara untuk menjangkau pelanggan sasaran anda dengan AdWords.
lebih kurang macam tu lah jawapan dia...
Syarat untuk lulus Exam ni, kita mesti perolehi markah 80% keatas dan kalau nak dapatkan sijil Adwords dari Google maka kita perlu lulus Google Adwords Fundamentals berserta salah satu dari 5 exams yang lain, sama ada : Search Advanced, Display Advanced, Mobile Advertising, Video Advertising atau Shooping Advertising Exam. Kalau berminat, sila join Google Partners dulu...cubalah.
Aku baru lulus satu, keputusannya sekadar cukup-cukup makan je, hahaha
Adakah aku akan ambil exam yang lain?, hmmm rasanya tak kot hahaha
3 teguran membina:
Menarik la. . Harap entry ni lebih panjang dan lebih detail lagi . haha
Asalnya memang nak buat secara detail Zhi, tapi nanti tak mencabar pulak pada sesiapa yang nak amik exam ni...tu yang buat secara ringkas tu hahaha (alasan je ni)
http://jomconteng.blogspot.com/2018/02/taking-exam-adwords-fundamentals.html
Catat Ulasan