Pagi tadi kat ofis ada buat penerangan berkaitan kebakaran dan cara menghadapi dan menangani musibah ni.
Aku nak cerita secara terperinci rasanya tak dapat sebab aku mudah lupa...hehehe.
Sebelum aku cerita tip-tip yang boleh diguna pakai ketika kebakaran dan cara menyelamatkan orang yang terbakar tubuh badan, terlebih dahulu aku bagi nombor yang amat berguna untuk menghubungi Bomba:
Tip 1.
Kalau guna talian biasa, cuma hubungi 999 (semua orang tahu ni) manakala nombor 911, 992 dan 994 dah tidak digunakan lagi.
Handphone, rasanya hampir 90 % ada handphone sekarang ni. pastikan handphone anda ada bateri yang masih boleh digunakan, tak de sim card, tiada line atau tiada baki kredit>>tiada masalah asalkan hayat bateri tu ada, kalau kecemasan sila dail 112 (tiada tambahan * mahupun #, hanya 112)
Tip 2.
1: Sekiranya ketika kebakaran berlaku dan ada mangsa yang terbakar tubuh badan dia.
pastikan jangan menggunakan air untuk memadamkan api di badan mangsa kerana ia akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang lebih parah.
2: Jangan gunakan pasir kerana akan menyebabkan mangsa mengalami jangkitan bakteria kerana pasir sukar untuk dibersihkan.
3. Jangan guna kain/blanket kerana akan meyebabkan kulit yang melecur tersebut melekat di kain/blanket tersebut.
4. Cuba guling-gulingkan mangsa ke kiri dan ke kanan diatas lantai sehingga api padam (cara ini tidak sesuai untuk ibu hamil)
Cara yang paling berkesan, semburkan kearah mangsa dengan "fire extinguisher", gunakan yang jenis "ABC" << ni biasa ada di permis perniagaan atau pun kilang.
Ok 2 tip dahulu sebab aku lupa yang lainnya, nanti kalau aku ingat aku tulis lagi,
yang paling utama dalam kebakaran, pembunuh utama bukan api tetapi asap, elakan dari menhidu asap kebakaran kerana ianya bertoksik dan paling panas, ramai mangsa mati kerana terhidup asap.
Peringatan untuk diri sendiri.
Kalau kita mampu beli perabut mahal-mahal atau gajet mahal-mahal kenapa kita tidak mahu membeli peralatan pencegahan kebakaran dan sediakanya dirumah....hmmm
Perkara yang perlu ada dirumah.
1. Fire Extinguisher (dapatkan yang hanya seberat 2kg, ini mudah dikendalikan oleh kanak-kanak, orang dewasa yang kurang upaya...yang 14kg pun perlu jugak)
2. Smoke Detector, beli yang jenis menggunakan bateri bukan yang menggunakan aliran eletrik rumah kerana jenis bateri lebih baik apabila aliran letrik di rumah terputus. Smoke detector ini juga berguna sekiranya kebakaran berlaku diwaktu malam kerana ketika tidur deria bau akan kurang berfungsi dan deria dengar akan menjadi paling sensetif.
::Ok cukup setakat ini dahulu, kita jumpa lagi nanti In Shaa Allah
skip to main |
skip to sidebar
Apa cer...
"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua
Ini Aku
Contengan
- Contengle (68)
- Doodle (9)
- Jalan-jalan (6)
- Kertas Dinding (63)
- Khidmat Masyarakat (28)
- Serabut (164)
- Tenang (43)
- Timeline FB (2)
- Transport (5)
- Tutorial and tips (31)
- Urban Design (7)
- zuriat (15)
4 teguran membina:
info yang sangat berguna.. ada point yang tak terfikir pun.. tQ =)
U welkam N.A :)
Thank you . =)
Welkam Aziey
Catat Ulasan