5 tahun yang lalu aku ada berurusan dengan KWSP, menguruskan pengeluaran wang akaun ke 2 untuk bayaran bulanan pembiayaan perumahan (Ha kao banyaknya penggunaan imbuhan...hahaha).Masa tu aku rasa macam susah beno nak keluarkan duit KWSP ni, tapi aku tetap berurusan setiap tahun sehingga le pada 2011, aku stop sebab dah malas nak isi borang bagai, tapi tahun ni aku kena buat semula pengeluaran wang KWSP ni kerana dah ada penambahan bajet dalam jurnal akaun aku, so aku menghubungi Bank dan diaorang telah menyediakan satu surat Pengesahan Baki Pinjaman.
Aku: Err surat ni aje ke Encik?, surat pengesahan jual beli tak perlu ke?
Bank: Sekarang dah tak perlu Encik, sebab Encik pun bukan sekali ni buat pengeluarankan?
Aku: A.a.a betul le tu
Bank:Nanti Encik cuma tunjuk surat ni aje kat KWSP (sambil senyum)
Aku: Aaa Ok (Masih blur)
Esoknya (21hb Januari 2014)
Aku: Assalammualaikum.
KWSP: Waalaikummussalam
Aku: Boleh saya dapatkan borang pegeluaran wang untuk pembiayaan rumah?
KWSP: Encik ada bawa surat Pengesahan Baki Pinjaman Bank?
Aku: Ada...(sambil hulur surat dari bank)
KWSP: (belek-belek surat dan tekan nombor giliran) Ok, Encik duduk dulu tunggu nombor giliran dipanggil (senyum)
Aku: (Blur) Err tak pelu isi borang ke?
KWSP: Tak perlu Encik, tunjukkan surat ni aje kat kaunter nanti (Senyum lagi)
Aku: Terima Kasih (dalam hati...betul ke ni)
KWSP: Sama-sama
Lebih kurang 10 minit, nombor dah dipanggil walaupun agak ramai orang yang berurusan kat KWSP pada hari tu, dan tak sampai 10 minit urusan dah selesai...Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Tahniah KWSP.
skip to main |
skip to sidebar
Apa cer...
"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua
Ini Aku
Contengan
- Contengle (68)
- Doodle (9)
- Jalan-jalan (6)
- Kertas Dinding (63)
- Khidmat Masyarakat (28)
- Serabut (164)
- Tenang (43)
- Timeline FB (2)
- Transport (5)
- Tutorial and tips (31)
- Urban Design (7)
- zuriat (15)
2 teguran membina:
pengeluaran kali pertama je kena isi borang..lepas tu kalo nak keluarkan lagi untuk rumah, dah tak perlu borang tu... lepas tu tak ramai orang apply untuk urusan ni kot, sebab tu kaunter pun macam aman tenteram je... urusan dia pun cepat. duit pun kalau takde masalah, 3-4 hari dah bank in...
*pandai komen, macam pernah buat jek? eh!
Mungkin la...rasa tak stress bila berurusan dengan KWSP sekarang ni, tak macam tahun-tahun dulu, kali ni lebih mesra pengguna.
Catat Ulasan