Ok, sekali lagi kami ke klinik Biosucinas untuk scan baby, kali ni kami nak yang 4D...tak kira nak juga...tapikan kita ni kan hanya boleh merancang tapi segala-galanya atas ketentuan Allah, jadi untuk kali ini kami cuma dapat mengetahui dengan sahih yang baby dalam kandungan ni....BABY GIRL...hehehehehehe Alhamdulillah, baby pun dalam keadaan sihat kata doktor. cuma malangnya kami tak dapat nak lihat muka baby tu sebab baby tutup dengan tangan jadi sekali lagi kami cuma minta doktor print gambar 2D aje. Ok la tu.
Keperluan semasa peringkat awal proses kelahiran.
Kemungkinan besar anda akan memerlukan:- Selipar.
- Stoking.
- Kain Batik.
- Baju tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa kelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital (HSA ada sediakan, warna Pink).
- Minyak urut atau losyen
- Pelembap bibir.
- Snek dan minuman untuk anda semasa dalam peringkat kelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
- Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
- Telefon bimbit, Kamera digital atau kamkoder itu pun kalau dibenarkan pihak hospital
- Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi. Ini untuk memberi inspirasi kepada anda supaya terus bertahan sehingga semuanya berakhir.
- Kelengkapan Peribadi dan beberapa lagi benda. Asalkan bukan satu rumah yang anda bawa sudah :)
Untuk selepas bersalin
Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:- Sesalinan pakaian untuk pulang ke rumah. Ia akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih perlu memakai pakaian mengandung apabila pulang ke rumah.
- Coli menyusu, sekurang-kurangnya dua atau tiga helai.
- Pelapik payudara untuk apabila susu badan anda mula mengalir.
- Tuala wanita selepas bersalin jika tidak disediakan secara percuma oleh pihak hospital.
- Kelengkapan peribadi termasuk tuala, sikat, berus gigi dan ubat gigi.
- Seluar dalam lama/murah/pakai buang. Asalkan bukan seluar dalam yang anda sayang kerana ia mungkin akan jadi kotor. Jika anda terpaksa menjalani pembedahan, pihak hospital mungkin menyediakan seluar dalam getah yang selesa dipakai menutupi parut pembedahan.
- Telefon bimbit anda serta pengecasnya.
Untuk bayi anda
Si manja akan memerlukan:- Sebuah kerusi kereta bayi.
- Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital biasanya menyediakan gaun bayi untuk dipakai semasa di hospital.
- Selimut bayi.
- Lampin.
- Sepasang stoking atau sarung kaki bayi.
- Topi.
- Kain muslin empat persegi.
- Bedung dan barut
ps: dah borong barang-barang baby warna pink dah, adoii warna lain tak boleh ke? tak awal sangat ke? macam ada yang tak masuk dalam senarai aje ni?
3 teguran membina:
ade..beli warna purple...hehehe
masa saya bersalin, ada bawak camcorder, tapi bile dah masuk labour room kira2 pukul 4 pagi, suami pun dah tak ingat nak amik camcorder ape lagi nak rakam... ngantuk + lupe terus! saya lagi la tak kuasa nak ingatkan bawak camcorder time dah sakit sangat tu...hehe
Snek dan minuman : bawak KURMA dengan milo / horlick... kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga...
dah lama tak timang baby, kena refresh balik ni... mesti sonot macam nak dapat baby 1st, sebab kali ni baby girl ^_^
Warna Purple hmmm cadangan yang baik tu...boleh diketengahkan...
Aa kan lama tak dokong baby ._.
Besttttnya... tak sabo rasanya hehehe
Catat Ulasan