Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Isnin

Tips: Memilih Oren yang manis

W:  Nak oren tak?
A:  Tak naklah... masam (tiba-tiba terasa gigil seluruh badan)
W: Yang ni manis lah...(senyum)
A:  Ya ke?!...mana tau? tu muka berkerut, tahan masam le tu...
W: Mana ada berkerut, nah amik seulas
A:  Hmm...hmmmmmmm...manis (tersengih, termalu-malu semalu)
W: Ha.. orang cakap tak nak pecaya..
A:  Hehehe yelah yelah (angkat tangan)

Dengan rasa tak puas hati dan rasa hairan, macam mana wife kalau beli oren semuanya manis tapi time bab aku beli oren, susah beno nak dapat yang manis. So dengan rasa tak malunya, minta tips dengan wife.



Menurut wife, kalau nak beli oren kena tengok bahgian bawah oren tu, andai ianya tenggelam (macam gambo) MANIS le buah tu tapi kalau sebaliknya (timbul), buah tu agak masam sikit.
Hmmm tak caya ke?.

:)

4 teguran membina:

N.A berkata...

abang mohzam...

oren yang ade tanda camtu biasanya nama oren tu NAVEL orange... saya selalu beli jenis navel ni tak pernah dapat yang masam...

BTW kalau nak beli buah dalam kuantiti banyak (n murah sebab borong) bole beli kat supplier buah kat impian emas... saya n parent suka oren navel ni, pernah beli 1 karton...ade dalam 50-60 bijik...

Mohzam berkata...

Ooo Navel Orange nama dia...baru saya tau...
saya biasa main hentam aje beli kalau wife suruh beli, tak penah nya amik tau pasal oren ni... hehehe.

N.A berkata...

sedikit tambahan info...

>>JENIS-JENIS BUAH OREN:

1. Oren Blood (Blood oranges):
Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darah dan rasanya manis serta berjus. Ia amat terkenal di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranean.

2. Oren Delta (Delta oranges):
Buah oren ini juga dikenali sebagai oren Valencia (Valencia oranges). Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis dan mudah dikupas.


3. Oren Navel (Navel oranges):
Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel (pusat) berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya seperti mutasi.

4. Oren Navelina (Navelina oranges):
Buah oren ini tumbuh di kawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang sungguh menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah untuk dikupas.

5. Oren Ortaniques:
Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.

6. Oren Seville (Seville oranges):
Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit yang berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.

7. Oren Salustiana (Salustiana oranges):
Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren ini adalah yang terbaik untuk dijadikan minuman berjus.

ooo NAVEL = Pusat....patut la oren tu ade pusat...ehehe

Mohzam berkata...

Terima Kasih atas tambahan info, sekarang dah rasa macam nak makan oren pulak, banyaknya jenis oren.

dannn saya juga baru tahu yang NAVEL tu maknanya Pusathmmmm...Terima Kasih sekali lagi.

:)

Catat Ulasan