Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Jumaat

8 & 5 inci Floppy Disk | Cakera Liut


Antara stor simpanan yang aku ada...yang kanan sekali tu yang terbaru (1TB...cukup le untuk simpan artwork dalam pat lima taun lagi)

Masa sibuk kemas workstation tadi terjumpa pulak 1 kotak storage yang pernah aku nampak orang gunakan masa muda-muda dulu (tapi apasal ada dalam simpanan aku pulak?...muskil ni), keadaannya macam baru tapi malangnya dia punya driver mana ada lagi...kalau komputer zaman Tok Kadok adalah gunakan storage ni. Nak tau apa dia?
Ha tengok bawah ni!
.
.
.
.
.
.



Tu dia (gambo ni buka aku punya, tapi yang atas tu ya)...rasanya budak millenium sekarang ni tak kenal apakebenda ni. Tapi benda ni le yang digunakan kakak kerani untuk simpan data. Aku tak ingat aku pernah guna ke tak, rasanya dulu tak kot sebab dari tahun 1990 aku dah guna Mac (Rasanya Macintosh ii ke Mac Plus - lupa sudah) dan storage yang aku guna pada masa tu ialah Diskette (juga dipanggil sebagai Floppy Disk).

Sedikit info berkenanan DataLife/Cakera Liut/Floppy Disk saiz 8 inci ni:

Cakera liut adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.

    Cakera liut, juga dikenali sebagaifloppy atau disket (nama yang dipilih agar menyerupai perkataan "kaset"), adalah biasa pada 1980-an dan 1990-an, digunakan oleh komputer peribadi dan komputer rumah ("PC") seperti Apple II, Macintosh, Commodore 64, Amiga, dan IBM PC untuk mengedar perisian, memindahkan data antara komputer, dan menyimpan salinan (backup) kecil. Sebelum cakera keras menjadi popular bagi komputer peribadi, cakera liut seringkali menjadi pilihan bagi menyimpan sistem operasi komputer, perisian aplikasi, dan data lain. Banyak komputer rumah mempunyai OS utama (kernel (sains komputer)) disimpan secara kekal dalam cip ROM (on-board), tetapi menyimpan sistem operasi cakera dalam cakera liut, sama ada ia sistem proprietari, CP/M, atau kemudiannya, DOS.
Pada awal 1990-an, saiz perisian yang semakin meningkat bererti kebanyakan perisian diedarkan melalui set cakera liut. Pada akhir 1990-an, pengedaran perisian beransur-ansur ditukar kepada CD-ROM, dan format sokongan isipadu lebih tinggi (higher-density) diperkenalkan (contohnya, pemacu ZipIomega. Dengan ketibaan capaian Internet umum, Ethernet murah, dan pemacuUSB, cakera liut tidak lagi diperlukan bagi pemindahan data lagi, dan cakera liut digantikan. Salinan pukal (mass backups) kini dilakukan kepada pita bermagnet (magnetic tape) seperti DAT atau streamer, atau ditulis kepada cakera padat (compact disc) - CD atau DVD. Salah satu cubaan yang gagal (di pasaran) pada akhir 1990-an untuk meneruskan cakera liut adalah SuperDisk(LS120) dengan kapasiti 120 MB sementara pemacu serasi mundur dengan cakera liut 3½-inci piawaian.
Bagaimanapun, pengilang keberatan untuk menyingkir pemacu cakera dari PC mereka, untuk keserasian mundur, dan kerana kebanyakan jabatan teknologi maklumat syarikat menghargai mekanisma pemindahan fail dalaman yang sentiasa berfungsi dan tidak memerlukan pemacu peranti (device driver) untuk berfungsi. Syarikat Komputer Apple merupakan pengilang komputer secara pukal yang pertama meninggalkan pemandu cakera daripada model komputer sepenuhnya, dengan penngeluaran modeliMac pada 1998, manakala Dell meletakkan pemandu cakera liut sebagai pilihan dan model mereka bermula 2003. Walau bagaimanapun, sehingga kini cakera liut masih lagi menjadi peranti utama untuk menyimpan dan bertukar data.
Terdapat juga pemacu cakera liut yang berdasarkan USB untuk komputer yang tidak mempunyai pemacu cakera liut, dan ia berfungsi di mana-mana mesin komputer yang menyokong USB.
Cakera liut dirujuk secara universal di dalam ukuran imperial (imperial measurement), walaupun di negara yang menggunakan sistem metrik [Nota: Di dalam rencana ini, penggunaan "KB" adalah merujuk kepada "KiloBait" (1,024 Bait).]


Format cakera liut
Tahun diperkenalkanKapasiti storan
8-inci197180 KB
8-inci1973256 KB
8-inci1974800 KB
8-inci dwi-belah19751,000 KB
5¼-inci1976110 KB
5¼-inci DD1978360 KB
5¼-inci QD19841,200 KB
3-inch1984?360 KB
3-inci (DD)1984?720 KB
3½-inci DD1984720 KB
2-inci1985?720?KB
3½-inci HD19871,440 KB
3½-inci ED19912,880 KB


Sejarah turutan format cakera liut, termasuk format terakhir yang diterima pakai secara meluas (ubiquitously adopted) (3½-inch HD).
DD = Double Density; QD = Quad Density; HD = High Density; ED = Extra High Density.


:)

0 teguran membina:

Catat Ulasan