Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Rabu

Ops Pijat 2010

KOBENA: Kementerian Dalam Rumah (KDR) sedang mengkaji untuk melarang pijat-pijat bekerja menghisap darah berikutan banyak rungutan diterima, terutama berhubung lambakan Pijat yang mengambil kesempatan menjalankan kegiatannya pada waktu malam dan sebelum subuh. Setiausaha Bahgian Hal Ehwal Isi Rumah di kementerian ini, Datuk Nida Daros, berkata ketika ini Pijat-pijat atau Nama "Glam"nya  Cimex lectularius atau gelaran komesial "Bed Bugs" telah berfiraun sesuka hati dengan menganggu dan mengigit isi rumah sehingga gatal-gatal seluruh badan, tangan dan kaki. Malah ada yang fobia dan taruma dengan kehadiran pendatang tanpa izin ini.
     Oleh itu KDR  dengan kerjasama Dr. Google telah membuat penyelidikan bagi membendung permasalahan tersebut, hasilnya pelbagai rumusan dan telahan diterima antaranya kajian dari Prof. WikiApaDia yang mengatakan "Bedbugs are bloodsucking insects. They are normally out at night just before dawn, with a peak feeding period of about an hour before sunrise. Bedbugs may attempt to feed at other times if given the opportunity and have been observed feeding during all periods of the day. They reach their host by walking, or sometimes climb the walls to the ceiling and drop down on feeling a heat wave. Bedbugs are attracted to their hosts by warmth and the presence of carbon dioxide.". Oleh yang demikian KDR melancarkan operasi pembersihan yang dikenali juga dengan nama "Ops! banyaknya Pijat 2010" atau singkatannya "Ops Pijat 2010". Seluruh kawasan persembunyian telah diselogkar, beberapa Markas Pijat telah diserbu dan dimusnahkan, operasi diteruskan beberapa hari terutama dikawasan-kawasan strategi, pengawasan di pintu masuk sempadan dan kawasan rekahan dibuat lebih kerap. Malah KDR juga telah mengenal pasti punca permasalahan tersebut. "Sasaran ini penting sekiranya kita mahu Ops Pijat ini berjaya, Kita juga mahu menghasilkan R&D yang diiktiraf dunia," katanya. Tanpa menyebut jumlah Pijat yang telah berjaya dihapuskan dalam Operasi tersebut. "Kementerian akan memantau dari masa-kesemasa kerana khuatir ada pijat yang cuba mengambil kesempatan menyorok disebalik seluar dan baju selain di kawasan bawah katil, bantal dan tilam". 
    Mengulas keperluan penggunaan senjata kimia dalam Ops Pijat ini, katanya, beliau akan berbincang dengan Setiausaha BHEIR dalam masa terdekat bagi mengenal pasti jenis senjata kimia yang sesuai. Operasi akan disambung lagi esok malam selepas sesi FV, Mafia, Poker, TI dan Poyos selesai dilaksanakan. (sempat ke nak operasi)



:: Gambar-bambar telah diambil dari sumber internet.


Mama: Ai ayah asyik berkebun aje, bila nak mula operasi ni
Aku: Nantilah kejab..nak rendeem Kincir angin ni...bila dah siap..baru boleh operasi..
Mama: Ya la tu...
Aku: :)
 (Empat jam kemudian...)
Aku: khrooogggg..eee..zzzzzzzz khroooggggg eee zzzzz...
Mama: Tengok tu..tak leh diharap..laptop pun tak off..


:: Nota keyboard: apa yang penting kerjasama...jangan biarkan isteri anda diselubungi misteri..

2 teguran membina:

agent_sesat berkata...

hampeh.. :p cepatlah bersihkan umah...hehhee...
apsal tak tanam ubat serangga tue?

Mohzam berkata...

agent: :) (pembersihan dilaksanakan setiap masa terluang ..hahahahaha)...ada tak cara lain untuk meghapuskan terus pijat ni..kalau pepijat aku guna avira aje dah setel..ni pijat..avira aku pun tak dapat detect..

Catat Ulasan