Apa cer...

"Segala kandungan dilaman blog ini, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah tiada. Segala tulisan adalah hasil
dari catatan penulis atau salinan dari email rakan-rakan, seandainya terdapat persamaan..kami mohon maaf..
sila beritahu kami melalui teguran membina atau email ke jomconteng@gmail.com..terima kasih"
Terima Kasih semua

Khamis

4321012!..

"4321012..Nombor apa tu?...Nak katakan nombor ekor..biasanya cuma ada 4 digit aje..Aaaa pastinya bukan nombor ekor atau yang berekor lainnya ni..tapi apasal aku letak tajuk nombor pulak? Hmmmmm...ooooo nombor pin ke?..Hahahahaha gila apa aku nak masukkan nombor pin kedalam entry aku kali ni" Aku bermonolog sendiri sambil membayangkan yang aku tengah bersoaljawab dengan seseorang. Kebelakang ni aku kerap membaca buku-buku cerita detektif antaranya komik Detektif Conan dan Sherlock Holmes tulisan Conan Doyle jadi sedikit sebanyak aku dah berjaya dipengaruhi diaorang. 
Ok, aku tak nak cerita banyak..
"4" tu tarikh hari ni (4/2/2010), "3210" tu tarikh hari jadi anak aku (3/2/2010) manakala "12" tu umur dia sekarang ni. Dah beso anak sulung aku ni rupanya, dari apa yang aku nampak.. minat dia yang agak mendalam membaca buku-buku cerita penyiasatan, Koleksi Sahabat Nabi dan para ilmuan islam serta buku-buku ilmiah yang lain mendorong aku menghadiahkannya pada harijadi dia semalam dengan 2 naskah buku cerita (Imam Syafee dan Sherlock Holmes 2) keluaran PTS One serta 1 Pena berharga RM9.50. Mama dia hadiahkan Kek Harijadi dan stationery yang lain, adik dia pulak hadiahkan gurau senda...Semalam nampak semangat dia untuk belajar..Doa kami semoga amir (amirin) berjaya dan mendapat keberkatan dalam apa sahaja yang diceburi.

:: Nota Keyboard: bestkan nombor tu. 4..3..2..1..0..1..2

0 teguran membina:

Catat Ulasan